Malaysian
Web
Developer

RESPONSIF . PANTAS . PROFESIONAL




Mengapa pilih kami?

harga berpatutan.

Kami menyediakan pakej yang sangat sesuai untuk anda yang menginginkan laman web dengan bajet rendah sebagai permulaan. Dengan ini anda dapat menggunakan modal anda kearah lain selain laman web. Kami hanya ingin membantu anda mencapai cita-cita anda.

Rekabentuk ringkas dan responsif.

Laman web anda akan disediakan dengan rekabentuk template yang responsif (mesra mobile) dan ringkas. Laman web anda boleh diakses dari mana-mana jenis gadjet seperti tablet dan smartphone. Laman web anda juga akan dapat diakses dengan pantas dengan rekabentuknya yang ringkas dan ringan.

kami uruskan segalanya.

Anda hanya perlu menyediakan profil, maklumat dan gambar-gambar anda/syarikat/bisnes anda kepada kami dan kami akan uruskan segalanya. Kini anda tidak perlu mempunyai kemahiran IT untuk memiliki sebuah laman web sendiri.

Pakej Kami.

Buat masa ini, kami hanya menfokuskan untuk pakej permulaan (Starter) kerana banyak permintaan laman web dengan bajet kecil. Pakej ini adalah amat sesuai untuk portfolio individu, online resume, usahawan-usahawan IKS (Industri Kecil & Sederhana) dan syarikat-syarikat kecil yang inginkan laman web secara pantas dan menepati bajet.
Apakah yang anda akan dapat dengan pakej ini?



Starter

RM 500

  • 5 Halaman
  • Galeri Gambar
  • 1 Borang Hubungan
  • Template Responsif
  • Domain Untuk 1 Tahun
  • Hosting Untuk 1 Tahun
  • Akaun Email Profesional
  • Peta Lokasi Google

Contoh template.

Kami mempunyai ribuan reka bentuk template yang sesuai dengan industri anda.
Sila lihat beberapa contoh di bawah.



Banyak lagi!

Proses tempahan.

Perbincangan Dan Maklumat Awal.

Proses membina atau rekabentuk laman web dimulakan dengan perbincangan awal bersama anda bagi mendapatkan gambaran jenis website yang akan dibina. Perbincangan ini boleh dilakukan melalui perjumpaan bersemuka, menggunakan email, Whatsapp atau melalui percakapan melalui telefon.

Semua fungsi dan konsep laman web tersebut perlu diperjelaskan semasa perbincangan ini bagi mengelakkan sebarang masalah berkenaan perkara tersebut.

Isi Kandungan Dan Bahan.

Isi kandungan seperti Profil Syarikat atau maklumat yang ingin dimasukkan ke dalam website boleh dihantar kepada kami melalui e-mail.
Antaranya ialah:

  1. Profil Syarikat atau Butiran mengenai pertubuhan anda.
  2. Logo Syarikat atau Pertubuhan anda.
  3. Gambar-gambar mengenai anda atau produk serta perkhidmatan.
  4. Maklumat tambahan mengenai laman sosial anda(jika ada).

Bayaran Pendahuluan.

Bayaran pendahuluan akan dikenakan bagi kami memulakan proses rekabentuk laman web anda. Maklumat mengenai bayaran tersebut disertakan didalam sebut harga. Kami akan menyiapkan laman web tersebut dalam tempoh 7 - 14 hari bekerja.

Semakan dan Penambahbaikan.

Seterusnya, apabila laman tersebut telah siap, anda akan diberikan pautan atau Link sementara untuk melihat laman tersebut. Pada peringkat ini, anda boleh membuat semakan dan memberikan komen-komen untuk penambahbaikan untuk laman tersebut. Rekabentuk laman web adalah berasaskan template dan hanya bahagian-bahagian tertentu sahaja yang dapat diubah. Komen-komen yang boleh diubah akan diubah untuk memenuhi kehendak anda.

Pelancaran.

Setelah semua penambahbaikan telah disiapkan dan anda telah berpuas hati dengan rekabentuk tersebut setelah membuat semakan, anda boleh membuat bayaran penuh bagi pihak kami melancarkan laman web tersebut.

Proses melancarkan laman web akan mengambil masa 1 hari bekerja bagi domain .com dan 3 hari bekerja bagi domain .com.my dan .my setelah bayaran penuh diterima.

SILA TINGGALKAN MESEJ ANDA DI SINI.








Mesej sudah berjaya dihantar.

Kami tidak akan mendedahkan atau menggunakan informasi anda untuk spam anda.